Register your email address here to receive news updates from Consult Group

Kelebihan Consult Group

Consult Group telah membangunkan pendekatan disiplin terbaik kepada setiap pengurusan bakat dan penyelesaian pengambilan. Kaedah ini diterima pakai oleh setiap ahli syarikat kami dan fleksibel bagi menampung amalan perniagaan tempatan dan budaya serta ciri-ciri unik setiap tugasan pengambilan.

Proses perundingan kami akan dibincangkan secara mendalam dengan pelanggan kami. Mereka kemudian ditapis dan dipinda untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang tempatan, proses dan prosedur yang telah ditetapkan, tahap pampasan dan keutamaan komersil anda.

Pengetahuan terperinci tentang pasaran dan status kami sebagai perantara tidak ternilai kepada pelanggan kami dalam aspek-aspek tugasan yang sensitif kerana kepentingan kedua-dua pelanggan dan calon-calon kami akan diambil kira. Manfaat bagi kedua-dua pihak akan membawa kepada hasil yang lebih berjaya.

Jika diperlukan, kami boleh membantu di dalam rundingan kontrak pampasan dan menangani isu-isu yang berkaitan dengan kemajuan kerjaya.
Tugasan kami tidak lengkap sehingga calon berjaya berkerja dengan pelanggan kami. Selepas penempatan, kami akan memastikan bahawa calon-calon yang diletakkan mempunyai kefahaman yang jelas tentang apa yang dikehendaki daripada mereka dalam peranan baru mereka.

 

Recruitment Services

Industry Expertise

Back to Top