Register your email address here to receive news updates from Consult Group

Kejuruteraan, Minyak & Gas & Sumber Asli

Consult Group telah membuktikan keupayaan dalam pengambilan untuk sektor gas dan minyak, meliputi kedua-dua penempatan Upstream and Downstream. Sama ada tempatan atau global, para pelanggan kami dapat mengakses sumber pengambilan kami yang berpengalaman  merentasi Asia dan antarabangsa.
 
Kami pernah mengukir nama baik dari kebolehan kami untuk mendapatkan individu-individu yang berkebolehan dalam pasaran di mana kebolehan itu sangat sukar  untuk dicari dan dinilai.
 
Kami bekerja secara dekat dengan para pelanggan kami bagi memikat dan mengekalkan Eksekutif, Pengurus, Jurutera dan Kakitangan Teknikal yang berkebolehan dan berpengalaman. 
 
Kami mengambil pekerja dalam keseluruhan fasa carigali, melalui kejuruteraan, pembinaan dan pemasangan, pengeluaran, integriti aset dan pembangunan.
 
Kami juga membuat penempatan untuk carigali, dasar laut, saluran paip, mekanikal, elektrikal, komersial, proses dan kakitangan QHSE. Tambahan lagi, kepada pencarian sumber dan penglibatan LNG, LPG, terminal, bio-bahan api, boleh diperbaharui, penapisan, EPC, perundingan, struktur dan kesihatan & pakar-pakar keselamatan merentasi sektor downstream.

Jawatan kerap termasuk:

  • Projek Pengurusan / Umum             
  • Jurutera Awam
  • Jurutera Sistem Kawalan
  • Jurutera Elektrik
  • Jurutera Mekanikal
  • Jurutera Perpaipan
  • Jurutera Projek
  • Jurutera Rekabentuk
  • Jurutera Struktur                                 
  • Jurutera Perancang
  • Jurutera Kawalan Kos
  • Jurutera Alam Sekitar
  • Pakar Alam Sekitar
  • Jurutera Kimia / Proses
  • Pengurusan Kewangan
  • Teknologi & Sistem Maklumat
  • Sumber Manusia / Latihan & Pembangunan
  • Pembelian, Perolehan
  • Projek Kawalan, Analisis dan Pengukuran
  • Pengurusan Rantaian Bekalan
  • Jualan & Pemasaran
  • Pengurusan Kontrak
  • Pengurusan Bahan

Kami mempunyai keupayaan untuk merekrut bagi strategik tunggal atau pengambilan penyelesaian bagi keseluruhan projek. Sistem maklumat pengambilan kami membolehkan kami untuk mengendalikan tugasan secara serentak  dan memastikan pelanggan kami boleh menumpukan masa mereka menilai perkhidmatan kami dengan memberi tumpuan kepada penyampaian projek. Perunding kami mahir dalam menjalankan tugasan.